Monday, December 3, 2012

Catatan Tertunda Projek 2 Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bersua kembali setelah lama saya tak berkesempatan untuk menjenguk-jenguk laman ni... Kali ni saya nak update tentang Studio Project 2 yang telah saya highlightkan dalam post terdahulu.

Seperti yang telah saya nyatakan dalam post terdahulu, saya telah memilih site di pinggir bukit untuk projek ini, iaitu di Jalan Bukit Gambir. My original idea was to have a green, walkable and sustainable neighbourhood di kawasan itu. But "green' and "sustainable' in Malaysia do not come cheap... Kelestarian begitu mahal harganya di negara ini, apatah lagi di Pulau Pinang yang penawaran tanahnya adalah begitu terhad. Kami telah diminta untuk mempersembahkan a 5-slide presentation tentang tapak yang dipilih.






Saya agak confident apa yang saya paparkan akan memenuhi kehendak asas bagi merancang sesuatu kawasan, but it turned out the other way round! Pelbagai komen yang diberi oleh pensyarah membuatkan saya rasa truly demoralized. Saya maklum bahawa this was just an initial stage to planning a proper neighbourhood, but to obtain real-time data adalah sesuatu yang tidak mampu saya lakukan disebabkan constraint masa. The best I could do was to capture whatever available on the Internet. But, anyway, saya juga berterima kasih kepada para pensyarah to give such provoking comments supaya saya sentiasa berhati-hati dan ingat bahawa planning is not a game to be taken for  granted. (I wasn't though, seriously...) dan planning is a multifaceted subject yang perlu diterokai segala kemungkinannya.

But through it all, I stood tall, dan saya telah berjaya menyelesaikan tugasan ini, against all odds.



Inilah ouput muktamad yang dapat saya karyakan : The Green Neighbourhood, dengan tagline "It's a Great Neighbourhood, It's Where You Want to Be". Intipati pembangunan yang dicadangkan adalah sebagaimana pernyataan berikut :

"We support the Green Neighbourhood initiatives, and we honestly believe that the quality of people's homes is influenced by the spaces in between them. There is increasing recognition that well designed,  well managed green spaces by and in between housing are crucial to making neighbourhoods livable, and contribute to increasing people's quality of life. And we believe that a greener neighbourhood delivers a better quality of life". 

Komponen utama pembangunan ini merangkumi perumahan, komersil, kemudahan awam, kemudahan utiliti dan kawasan lapang. Apa yang menarik dalam pembangunan ini ialah sebuah urban park/forest di mana sebahagian kawasan hutan dikekalkan untuk tujuan riadah dan disepadukan dengan kolam takungan air hujan (onsite stormwater detention). Hutan bandar ini menjadi "focal point" terhadap keseluruhan pembangunan. Selain daripada itu, beberapa ciri pembangunan yang dijangka menarik perhatian ialah pembangunan komersil berbentuk "souk" dan bazaar serta pengenalan rumah-rumah "zero lot" bagi menggantikan pembangunan rumah banglo konvensional dan "maisonette" bagi menggantikan pangsapuri biasa. Rumah zero-lot berkeluasan menyamai seunit rumah berbandung tetapi menikmati kelebihan rumah banglo.
 
Unit-unit rumah yang dicadangkan juga menggunakan bahan-bahan bersifat permeable dan amat sesuai sekali dalam iklim Tropika. Konsep pembangunan "hijau" juga bertujuan untuk "membawa masuk alam persekitaran luaran ke dalam ruang dalaman rumah". Teknologi hijau diterapkan dalam hampir segala aspek pembangunan di tapak ini.

It was an exciting experience to be able to get involved in a project such as this. Banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang dapat diterokai dan dimanfaati. Dalam merancang sesebuah kawasan baru, students dilatih untuk mengaplikasikan konsep-konsep perancangan tradisional yang diolah mengikut kesesuaian tapak dan faktor-faktor persekitaran supaya lebih praktis dan menepati citarasa tempatan. Insyaa Allah, ilmu yang dipelajari di sini tidak akan saya sia-siakan. And this project, walaupun ada waktunya sangat mencabar kesabaran saya, I may honestly say that I loved it...

Well, guys... For the Info-Sharing slot kali ini, why not kita sama-sama mengutip sedikit pengajaran dari video ini ....







No comments:

Post a Comment