19 November 2012 :
Site proposal has been turned down by our Studio lecturers... Kumpulan kami terpaksa berpatah balik ke jejak pertama... back to square one... Otak semakin ligat berpusing mencari arahtuju, ke mana dan di mana tapak yang sesuai untuk dibangunkan semula "sebagai ruang komuniti interaktif"... Ya Allah, berikanlah kami ilham...
Dalam melayan ketakpastian itu saya cuba menjelajah Internet, cuba untuk meninjau idea, manalah tau kali ni untung sabut... manalah tau ada ilham yang bakal tercetus dari kembara maya itu... dan saya terbaca suatu ruangan dalam The Star edisi online tentang isu bangunan lama di pusat bandar... Saya amat teruja membaca artikel tersebut dan segera teringat tentang sebuah bangunan di Butterworth yang pernah saya lewati...
That's where we would be paying a visit tomorrow, Alhamdulillah...
20 November 2012...
Berbekalkan kamera dan buku catatan, saya dan Amalina menuju ke Butterworth, berlegar-legar di sekitar Terminal Bas. And right there in front of us is "the" building yang dicari... The first time I laid eyes on it, I knew that THIS IS IT! Just the thing I was looking for...Again, Alhamdulillah...
Mengapa kami memilih bangunan ini?
- Ia terletak di tengah-tengah kawasan yang membangun, di antara NB Tower dan Terminal Bas dan Teksi Butterworth. Keadaan fizikalnya yang buruk menjejaskan kualiti pandangan.
- Tapak mempunyai aksessibiliti yang baik, di antara Jalan Bagan Luar dengan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
- Bangunan tersebut mempunyai ciri-ciri seni bina yang indah, masih kukuh dan masih digunakan.
- Kawasan parkir di hadapan bangunan ini luas dan boleh dipelbagaimanfaatkan.
- Kehampirannya dengan pembangunan-pembangunan tumpuan pengunjung seperti Terminal Bas, Teksi dan Jeti, Kolej Kejururawatan Antarabangsa dan institusi perbankan, meningkatkan potensi dan daya laksana bagi tapak ini.
Alhamdulillah... Tapak yang kami cadangkan dan konsep awal yang kami bentangkan akhirnya mendapat restu dari Pensyarah setelah diperdebatkan. Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Pensyarah ialah :
- adakah bangunan itu masih kukuh?
- adakah berbaloi untuk membangunkan semula tapak yang dipilih?
- adakah kawasan ini masih digunakan orang ramai?
- mampukah pembangunan ini menarik orang untuk datang?
The info sharing segment has something to do with what my group intend to do at our proposed site... building restoration in this short video entitled "Who Needs Old Buildings?". I hope we could share the same interest as well... Wassalam.
No comments:
Post a Comment