Monday, December 31, 2012

Project 3 : Spatial Design and Costing - More of Existing Site

29 November 2012

Kami terpaksa kembali ke tapak cadangan untuk merakamkan beberapa site features yang terlepas pandang sebelum ini. And here are some of the selected photos which we thought might help in designing the final layout.





Project 3 : Spatial Design and Costing - Existing Features of The Site

 

20 November 2012

Berikut adalah gambar-gambar tapak kajian yang kami rakamkan. Tapak merupakan corner lot di persimpangan Jalan Bagan Luar  dan Jalan Metcher, Butterworth.






 
 
 
 
 
 
 
  
 

 
 
 





Wednesday, December 12, 2012

Project 3 : Spatial Design and Costing - The Site Analysis

Assalamualaikum, Salam Sejahtera everyone...

19 November 2012  :  
Site proposal has been turned down by our Studio lecturers... Kumpulan kami terpaksa berpatah balik ke jejak pertama... back to square one... Otak semakin ligat berpusing mencari arahtuju, ke mana dan di mana tapak yang sesuai untuk dibangunkan semula "sebagai ruang komuniti interaktif"... Ya Allah, berikanlah kami ilham...

Dalam melayan ketakpastian itu saya cuba menjelajah Internet, cuba untuk meninjau idea, manalah tau kali ni untung sabut... manalah tau ada ilham yang bakal tercetus dari kembara maya itu... dan saya terbaca suatu ruangan dalam The Star edisi online tentang isu bangunan lama di pusat bandar... Saya amat teruja membaca artikel tersebut dan segera teringat tentang sebuah bangunan di Butterworth yang pernah saya lewati...

That's where we would be paying a visit tomorrow, Alhamdulillah...


20 November 2012...
Berbekalkan kamera dan buku catatan, saya dan Amalina menuju ke Butterworth, berlegar-legar di sekitar Terminal Bas. And right there in front of us is "the" building yang dicari... The first time I laid eyes on it, I knew that THIS IS IT! Just the thing I was looking for...Again, Alhamdulillah...

Mengapa kami memilih bangunan ini?
  1. Ia terletak di tengah-tengah kawasan yang membangun, di antara NB Tower dan Terminal Bas dan Teksi Butterworth. Keadaan fizikalnya yang buruk menjejaskan kualiti pandangan.
  2. Tapak mempunyai aksessibiliti yang baik, di antara Jalan Bagan Luar dengan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
  3. Bangunan tersebut mempunyai ciri-ciri seni bina yang indah, masih kukuh dan masih digunakan.
  4. Kawasan parkir di hadapan bangunan ini luas dan boleh dipelbagaimanfaatkan.
  5. Kehampirannya dengan pembangunan-pembangunan tumpuan pengunjung seperti Terminal Bas, Teksi dan Jeti, Kolej Kejururawatan Antarabangsa dan institusi perbankan, meningkatkan potensi dan daya laksana bagi tapak ini.
So, dengan foto-foto dan catatan yang ada, kami pun menyediakan the 5-slide presentation sebagaimana tugasan yang diberikan para Pensyarah. I just hope Studio pada hari Jumaat kelak tidak lagi mengecewakan kami....







23 November 2012...
Alhamdulillah... Tapak yang kami cadangkan dan konsep awal yang kami bentangkan akhirnya mendapat restu dari Pensyarah setelah diperdebatkan. Antara persoalan yang dibangkitkan oleh Pensyarah ialah :
  1. adakah bangunan itu masih kukuh? 
  2. adakah berbaloi untuk membangunkan semula tapak yang dipilih?
  3. adakah kawasan ini masih digunakan orang ramai?
  4. mampukah pembangunan ini menarik orang untuk datang?
Kami bertekad untuk menyahut cabaran yang diberikan dan berusaha untuk menjayakan projek ini. Insyaa Allah...

The info sharing segment has something to do with what my group intend to do at our proposed site... building restoration in this short video entitled "Who Needs Old Buildings?". I hope we could share the same interest as well... Wassalam.











Tuesday, December 11, 2012

Project 3 : Spatial Design and Costing - The Beginning



Salam sejahter dan semoga anda semua dilimpahi rahmat Allah...


Untuk Project 3 Studio 307 ini, kami dikehendaki mengemukakan a 5-slide PowerPoint presentation mengenai elemen Urban Design dengan merujuk kepada 2 tajuk buku dan 3 naskhah jurnal / buletin etc. sama ada printed in hardcopy  atau diakses dari websites. 







  Minggu berikutnya, kami juga dikehendaki mengenal pasti suatu tapak pembangunan semula yang bersaiz kecil. Seperti biasa, analisis dan inventori tapak perlu dijalankan untuk mengenal pasti isu, masalah dan potensi pembangunan tapak dari pelbagai sudut perancangan. Berdasarkan kepada analisis tersebut, para pelajar yang telah dibahagikan mengikut kumpulan 2 orang, dikehendaki mencadangkan pelan konsep dan seterusnya pelan susun atur cadangan pemajuan ruang komuniti interaktif (interactive community space) atas tapak tersebut dengan memberi tumpuan kepada elemen reka bentuk bandar, landskap dan kos.

Dengan persetujuan daripada my posse, Nor Amalina Mhd Nor, we proposed for a waterfront development di pesisiran Sungai Muar.







Pada 19 November 2012, cadangan ini telah dibentangkan kepada Pensyarah tetapi malangnya tidak diluluskan atas alasan tapak terlalu jauh untuk dilawati bagi menjalankan siasatan tapak, terlalu besar, terlalu banyak bangunan yang terlibat dan perlu dipindahkan dan melibatkan kos yang sangat tinggi. So, kumpulan kami pun diminta untuk mengenal pasti tapak baharu di sekitar Pulau Pinang sahaja.

Apakan daya kami... nampaknya terpaksalah mencari tapak lain yang memenuhi kriteria Pensyarah... Maybe I have just the place in mind... Hmmm...

 ??????????


Let's say you have a building like this in the middle of the booming, bustling town area,
what would you do? Demolish it or restore it? 

Old and decaying pre-war buildings have become an eyesore in many towns and cities. If no effort is being done to ensure all dilapidated buildings like this are restored, then in a decade from now, our cities would eventually turn into something like stale "rojak"...

Wassalam.