Friday, November 2, 2012

Thank God it's Friday!



Thank God it's Friday! Honestly, I still couldn't understand why those Mat Salleh love Friday so much... Anyway, sebagai orang Muslim, kitalah yang seharusnya welcome hari Jumaat dengan hati dan minda terbuka kerana Jumaat adalah penghulu segala hari, tak gitu?

Dan, salam bahagia semua... kalau ada yang rasa tak berapa nak bahagia tu, bawak-bawaklah senyum... Kan senyum tu sedekah yang paling murah dan mudah, in fact tak perlu modal pun...

Studio berjalan mcm biasa. Remember my post dated 8 October 2012? My group of 3 presented our 5 slides for our Concept Evaluation presentation as follows :








Komen pensyarah :

  • Penilaian adalah baik tetapi hendaklah memasukkan elemen  sejauh mana konsep yang dirancang dapat dilaksanakan dan ditepati oleh pemaju;
  • Penggunaan perkataan "selfish" dalam ayat ini adalah agak "kasar" dan perlu di"tone down" atau dimansuhkan sahaja "To establish a segregated, gated and guarded, selfish, high-end living affordable only to few". Kami akur dengan teguran dari para Pensyarah. Sebenarnya apa yang kami nak sampaikan ialah, kehidupan yang ditentukan oleh kemampuan dan kuasa beli yang tinggi di kalangan sesetengah golongan memisah-misahkan masyarakat kepada "kasta" dan kelas tertentu yang hidup dalam kelompok dan koloni mereka sendiri. Cuma nak cari perkataan yang tepat dan sesuai tu agak sukar...
  • Terlalu banyak ayat. Powerpoints should be about powerful points only. Huraian kita yang kena buat sendiri. 

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para Pensyarah yang telah memberikan komen-komen membina, which is part of learning process, untuk memperkasakan jati diri students dan keupayaan kami menggarap the actual context of planning... Alhamdulillah...

Segmen Info Sharing
Bagi segmen info sharing kali ini, saya ingin berkongsi sebuah article  "Beyond greenbelts and zoning : A new planning concept for the environment of Asian mega-cities" oleh beberapa ilmuwan dari Jepun. Walaupun saya hanya meninjau sepintas lalu sahaja, saya yakin artikel ini is worth reading. Here's the link, go check it out :
www.springerlink.com/index/m5j62433h9v81h54.pdf

Today's quote :

  • Adding lanes to solve traffic congestion is like loosening your belt to solve obesity. - Glen Hemistra 
  • Houses make a town, but citizens make a city. - Rousseau


Wassalam.




No comments:

Post a Comment